Laman Web Kerajaan Terbaik di Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Baru-baru ni saya menghadiri satu taklimat mengenai laman web kerajaan oleh pihak MAMPU .. MAMPU?? Amende tu.. Ia adalah sebuah Unit yang berfungsi dalam pemodenan tadbiran dan perancangan tenaga manusia. Kalau dalam bahasa Melayunya, MAMPU ni dikenali sebagai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia manakala dalam Englishnya ‘ The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit . Tak perlu bercerita panjang mengenai unit ini nanti lari pula tajuk skop diatas..

Dalam taklimat tersebut dinyatakan tentang kedudukan portal kerajaan seluruh dunia pada tahun 2008 dan Malaysia berada di tangga ke 11. Kedudukan ini dikeluarkan oleh Brookings Institution yang menilai portal-portal kerajaan seluruh dunia berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan..
Dalam taklimat tersebut dinyatakan kedudukan 6 portal kerajaan seluruh dunia yang mantap.. Berikut merupakan portal tersebut :-
1. Korea Selatan
2. Taiwan -
3. USA -
4. Singapura
5. Kanada -
6. Australia –
11. Malaysia
Kalau dilihatkan kebanyakan dari portal-portal kerajaan memang ringkas dan menarik. Tidak banyak bermain warna sebaliknya lebih kepada link-link perkhidmatan yang disediakan.. APa komen anda pula??

 

0 Responses to Laman Web Kerajaan Terbaik di Dunia